PM Anwar Adakan Perjumpaan Tertutup Dengan MB Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohd Nassuruddin mengadakan perjumpaan tertutup berhubung pembangunan negeri Kelantan di Pejabat Menteri Besar di MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim pada Khamis. Foto Bernama
KOTA BHARU, 2 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
Difahamkan taklimat mengenai perkara itu disampaikan oleh Mohd Nassuruddin.
Ketibaan Anwar di bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim di sini pada 4 petang ini, disambut beberapa Exco-Exco negeri dan pengurusan tertinggi SUK negeri.

Turut mengiringi Anwar adalah Mohd Nassuruddin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Turut hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Terdahulu Anwar meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa satu, yang mula beroperasi semalam.
“Usai tiba di Kota Bharu, saya sempat singgah di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.

“Saya difahamkan, infra baharu tersebut dijangka bakal menerima penerbangan antarabangsa pada hujung tahun ini menerusi pelbagai perancangan menarik yang telah disusun pihak terkait.
“Justeru, diharapkan ia mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi hatta menerokai kemajuan dan pembangunan agar terus dirasai di Kelantan selepas ini, InsyaAllah,” ujar Anwar di Facebook.
Lapangan terbang itu merupakan antara pintu masuk utama di pantai timur dan yang paling sibuk antara negeri-negeri bersempadan dengan negara jiran.
- Bernama
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
