PM Anwar Adakan Mesyuarat Rundingan Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 di Seri Perdana, Putrajaya pada 19 Ogos 2025. Foto M Saravanan

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 di Seri Perdana di sini, hari ini.

Mesyuarat bermula jam 5 petang itu turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Antara kenderaan yang dilihat memasuki perkarangan berkenaan sejak jam 4.30 petang tadi ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau senda dengan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan sambil diperhatikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 di Seri Perdana, Putrajaya pada 19 Ogos 2025. Foto M Saravanan

Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Mesyuarat difahamkan telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi meneliti bentuk kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mana mandat kerajaan semasa berakhir secara automatik pada 11 November ini.

Menurut Asyraf Wajdi, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Mesyuarat juga turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian Malaysia dan Perdana Menteri yang berjaya mewujudkan perjanjian perdamaian antara Thailand dan Kemboja.

Terdahulu, kenderaan yang membawa masuk Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan Seri Perdana pada jam 4.50 petang tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *