Play-Off UCL: Mengapa Mbappe Tak Dapat Turun Esok?

Mbappe (dua dari kanan) sah tidak akan beraksi pada pusingan kedua play-off Liga Juara-Juara melayan kunjungan Benfica di Bernabeu awal pagi 26 Februari 2026. Foto Getty Images

MADRID, 25 Feb – Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan terlepas aksi timbal balik play-off Liga Juara-Juara menentang Benfica di sini, awal pagi esok.

Dilaporkan penyerang antarabangsa Perancis itu mengalami kecederaan lutut dan dinasihatkan doktor pasukan untuk berehat, menurut sumber yang rapat dengan pasukan kepada AFP semalam.

Bintang Piala Dunia 2022 itu, penjaring terbanyak Madrid musim ini, bermain dalam keadaan menahan kesakitan lutut sejak beberapa minggu lalu namun tidak akan diturunkan di Santiago Bernabeu, sekali gus mengesahkan laporan akhbar Perancis, L’Equipe.

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe meraikan gol pertama pasukannya berdepan Villarreal pada aksi La Liga di Estadio La Ceramica, Vila-Real. Real Madrid menang 2-0 pada 24 Januari 2026. Foto Getty Images

Madrid memiliki kelebihan 1-0 ke atas Benfica selepas perlawanan pertama di Lisbon minggu lalu, dalam aksi yang turut dicemari dakwaan penghinaan berunsur perkauman terhadap pemain sayap Los Blancos, Vinicius Junior.

Jurulatih Madrid, Alvaro Arbeloa sebelum ini berkata pemain itu “bersedia untuk bermain” dalam perlawanan timbal balik dan beliau menghargai komitmennya beraksi walaupun menahan kesakitan, namun keputusan kemudian dibuat untuk tidak menurunkan penyerang berkenaan menentang Benfica.

Mbappe kini mendahului carta penjaring Liga Juara-Juara musim ini dengan 13 gol, walaupun mengalami masalah ligamen di bahagian luar lutut kirinya yang mengganggunya sejak sebelum cuti Krismas.

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe meraikan gol pertama pasukannya berdepan Villarreal pada aksi La Liga di Estadio La Ceramica, Vila-Real. Real Madrid menang 2-0 pada 24 Januari 2026. Foto AFP

Penyerang itu juga dilihat kurang selesa ketika Madrid tewas 1-2 kepada Osasuna dalam La Liga, Sabtu lalu. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *