PL: Wolves Sukarkan Laluan Liverpool Ke Eropah

Jaringan Mohamed Salah gagal membantu Liverpool apabila tewas 1-2 kepada Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris pada 3 Mac 2026. Foto Reuters

VOLVERHAMPTON, 3 Mac – Aksi Liga Perdana Inggeris (PL) awal pagi tadi serba tidak kena buat Liverpool biarpun Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringan 10 perlawanan tetapi ia tidak memberi sebarang makna setelah dikejutkan dengan kekalahan 2-1 di tangan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux.

Liverpool kini menghuni tangga kelima dengan 48 mata daripada 29 perlawanan. Jika Chelsea menang ke atas Aston Villa, The Reds akan tergelincir ke tangga keenam sekali gus menyukarkan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Skuad kendalian Rob Edwards pula terus menunjukkan peningkatan prestasi apabila mencatat kemenangan berturut-turut ke atas pasukan kelompok lima teratas selepas menewaskan Villa minggu lalu.

Pemain Wolverhampton Wanderers, Andre meraikan jaringan kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Stadium Molineux, Wolverhampton pada 3 Mac 2026. Foto AFP

Dalam aksi yang hambar hampir sepanjang perlawanan, permainan mula hidup pada 15 minit terakhir.

Rodrigo Gomes meletakkan Wolves di depan sebelum Salah menyamakan kedudukan, namun Andre muncul wira tuan rumah dengan gol kemenangan lewat permainan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di venue sama, Jumaat ini, bagi aksi pusingan kelima Piala FA.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *