PL: Salah Pecah Dua Rekod Sebelum Krismas

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) meledak masuk gol keempat menentang Tottenham di gelanggang lawan kelmarin. Foto Reuters
LONDON, 24 Dis – Prestasi luar biasa Mohamed Salah musim ini menyaksikannya memecah dua rekod Liga Perdana Inggeris (PL) belum pun sempat Krismas diraikan di England.
Bintang sensasi Liverpool itu meledak dua gol dan melakukan dua umpanan gol (assists) ketika The Reds membenam Spurs 6-3 The Reds di Tottenham Hotspur Stadium kelmarin.
Ia membolehkannya mengumpul 15 gol dalam PL setakat ini, selain 11 umpanan gol buat rakan sepasukannya.

Bagi pemain berusia 32 tahun itu ia musim PL keenam yang mana dia menjaringkan dan mengumpan sekurang-kurangnya 10 gol.
Sebelum ini dia berkongsi rekod itu lima musim bersama legenda Everton dan Manchester United, Wayne Rooney.
Ia juga yang terpantas dia meraih pencapaian itu, tetapi juga menjadikannya pemain pertama mencecah dua angka gol dan umpanan gol dalam musim PL sebelum Krismas.
Salah turut beralih tempat dalam sejarah Liverpool.
Raja The Kop itu kini melepasi catatan pemain Scotland, Billy Liddell – yang beraksi buat The Reds antara tahun 1938 dan 1961 dan menjaringkan 228 gol dalam 534 perlawanan – untuk kini mengumpul 229 gol di tangga keempat dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab itu.
Sesudah menyertai kelab Anfield itu pada 2017, dia meraih pencapaian itu dalam 373 penampilan.
Jika dia boleh mengekalkan prestasi cemerlangnya, Salah berpeluang untuk mengatasi jumlah gol Gordon Hodgson 241 musim ini.
Bagaimanapun, dia masih jauh ketinggalan di belakang Roger Hunt (285) dan Ian Rush (346).
Salah perlu kekal di kelab Merseyside itu lebih lama lagi untuk mendekati angka itu. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
