PL: Rekod Sempurna Liverpool Gagal Dipecahkan Everton

Penyerang antarabangsa Perancis, Hugo Ekitike menambah jaringan pada minit ke-29 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford pada 20 September 2025. Foto Reuters

LIVERPOOL, 20 Sep – Penyandang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (PL) Liverpool terus mengekalkan rekod sempurna musim ini selepas menewaskan seteru tetangga, Everton 2-1 dalam aksi penuh tegang di Anfield, sebentar tadi.

Gol awal Ryan Gravenberch pada minit ke-10 hasil umpanan bijak Mohamed Salah membuka tirai jaringan sebelum penyerang antarabangsa Perancis, Hugo Ekitike menambah jaringan pada minit ke-29 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford.

Everton cuba bangkit selepas rehat dan berjaya merapatkan jurang menerusi Idrissa Gueye yang meledak gol pada minit ke-58, hasil gerakan Iliman Ndiaye yang memanfaatkan hantaran Jack Grealish.

Pemain Liverpool, Ryan Gravenberch menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Anfield, Liverpool pada 20 September 2025. Foto Reuters

Bagaimanapun, skuad kendalian Arne Slot bertahan kemas hingga wisel penamat, sekali gus memastikan mereka menang lima perlawanan pertama liga musim ini untuk terus mendahului carta.

Kemenangan The Reds juga tidak mampu digugat mana-mana pasukan walaupun Arsenal menewaskan Manchester City 10-0 malam esok.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *