PL: Mampukah Arsenal ‘Kejar’ Liverpool?

Keputusan 1-1 memastikan Arsenal menyekat kemaraan City yang terus tercicir lima mata di belakang pendahulu liga, Liverpool pada 21 September 2025. Foto Reuters
LONDON, 26 Sep – Memasuki perlawanan keenam minggu ini, pertembungan antara Arsenal yang berkunjung ke St. James’ Park dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (PL) menentang Newcastle United, Ahad ini, bakal menjanjikan naratif berbeza yang akan ditampilkan buat kedua-dua pasukan.
Selepas lima perlawanan musim baharu, The Gunners kini berada di tangga kedua liga dengan 10 mata, tetapi lima mata di belakang pendahulu, Liverpool dengan kemenangan ke atas The Magpies akan memastikan skuad kendalian Mikel Arteta terus mengekori rapat perebutan takhta.
Situasi berbeza buat Newcastle yang mengisi tangga ke-13 selepas permulaan musim yang kurang meyakinkan dengan hanya satu kemenangan dicatat setakat ini. Jadi penting buat skuad Eddie Howe kembali ke landasan kemenangan, terutama di hadapan penyokong sendiri.

Arteta pasti akan menurunkan barisan terbaik termasuk Martin Odegaard dan Bukayo Saka tetapi status beberapa tonggak seperti Kai Havertz dan Declan Rice masih belum dipastikan selepas mereka baru saja pulih daripada kecederaan.
Dan pengendali dari Sepanyol itu percaya pasukannya perlu mengekalkan konsistensi yang ada selain memanfaatkan setiap peluang, tak kira di mana mereka bermain.
Turut seri pada minggu lalu, Newcastle ketika ini jelas tumpul di bahagian serangan dengan hanya tiga jaringan dapat dijelmakan namun ‘diselamatkan’ kreativiti di bahagian tengah menerusi Anthony Gordon dan Bruno Guimaraes.

Statistik menunjukkan Arsenal belum tewas dalam lima perlawanan terakhir PL, manakala Newcastle masih mencari rentak selepas seri menentang Wolves minggu lalu.
Apapun, rekod Newcastle di laman sendiri memberi harapan kepada penyokong dengan perlawanan dijangka berlangsung sengit dengan tempo tinggi, dan keputusan mampu memberi kesan besar kepada hala tuju kedua-dua pasukan musim ini.
Sementara pendahulu Liverpool akan melangkah ke Selhurst Park dengan semangat tinggi berbekalkan kemenangan berturut-turut dalam semua saingan termasuk menewaskan gergasi Sepanyol, Atletico Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) dan mengatasi Southampton dalam Piala Liga.

Barisan The Reds sedia menggempur Palace dengan Mohamaed Salah, Alexander Isak dan Hugo Ekitike kembali ke dalam kesebelasan utama dalam misi meneruskan rekod sempurna enam kemenangan mata maksimum sambil membiarkan Arsenal dan Manchester City ‘berebut’ mengejar kedudukan kedua.
Ramalan keputusan minggu keenam:
Brentford 2 Man United 1
Chelsea 3 Brighton 2
Crystal Palace 1 Liverpool 3
Leeds 1 Bournemouth 2
Manchester City 2 Burnley 1
Nottm Forest 1 Sunderland 1
Tottenham 1 Wolves 2
Aston Villa 1 Fulham 1
Newcastle United 3 Arsenal 3
Everton 1 West Ham 1
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
