PL: Galatasaray Tawar Mohamed Salah Gaji RM94.3 Juta Setahun

Mohamed Salah ditawar gaji sebanyak US$21.5 juta (RM94.3 juta) setahun tidak termasuk bonus sekiranya bersetuju menyertai Galatasaray.

LONDON, 10 Nov – Galatasaray dilaporkan sudah bersedia untuk mengikat bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, untuk menambah nama-nama besar dalam bola sepak ke dalam kelab gergasi Turkiye itu.

Laporan juga menjelaskan pihak Galatasaray sudah memulakan rundingan bersama pihak pengurusan Salah sekaligus meletakkan mereka dalam pesaing yang kuat untuk mengikat pemain berusia 32 tahun dari Mesir itu.

Kontrak Salah bersama The Reds bakal tamat pada penghujung musim ini dengan beberapa kelab Arab Saudi turut mempamerkan minat tinggi untuk mendapatkan khidmat Salah selain Galatasaray yang turut bersiap sedia untuk menawarkan kontrak lumayan dalam misi membawa dia ke Istanbul.

Menurut media Türkiye, Galatasaray menawarkan gaji tahunan sekitar USD21.5 juta (RM94.3 juta) tidak termasuk bonus bersama pasukan.

Namun, pakej itu bergantung kepada sumbangan penaja yang akan menampung sebahagian besar gaji lumayan yang akan diterima Salah nanti.

Begitupun, untuk menampung lebihan kos, Galatasaray dilihat sedang merancang untuk menjual beberapa pemain yang bergaji tinggi untuk menambah kewangan dalam misi membawa masuk Salah.

Untuk rekod, Salah telah menjadi salah satu figura pemain hadapan yang paling berkesan setelah menyertai skuad Liverpool pada 2017 dalam Liga Perdana Inggeris (PL) dengan menyumbangkan 220 gol, 98 bantuan jaringan sepanjang 365 penampilan.

Liverpool pula kini di prestasi kemuncak memimpin PL dan Liga Juara-Juara (UCL).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *