PL: Flemming Buat Chelsea Gigit Jari

Wesley Fofana dilayangkan kad merah pada minit ke-72 dalam perlawanan Chelsea menentang Burnley di Stamford Bridge pada 21 Februari 2026. Foto AFP

LONDON, 21 Feb – Chelsea terus menggigit jari terlepas peluang menjarakkan diri dengan Manchester United setelah beraksi dengan 10 pemain di Stamford Bridge apabila diikat 1-1 dengan Burnley dalam aksi ke-27 Liga Perdana Inggeris (PL) sebentar tadi.

Flemming menanduk masuk gol menerusi hantaran berpunca dari sepakan sudut pada minit ke-93 bagi memastikan Burnley mencuri satu mata dari utara London.

Lebih malang, The Blues terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wesley Fofana dilayangkan kad merah pada minit ke-72.

Situasi itu jelas menganggu rentak Chelsea yang mendahului seawal minit keempat menerusi Joao Pedro dan meletakkan mereka sama mata 45 dengan United yang bermain kurang satu perlawanan menentang Everton di Stadium Hill Dickinson awal pagi Selasa nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *