PL: Bekas Penjaga Gol Liverpool Musnahkan Harapan United

Pemain Brentford berjaya mengasak pertahanan Manchester United bagi mendahului 1-0 pada aksi di Stadium Komuniti Gtech pada 27 September 2025.
BRENTFORD, 27 Sep – Sungguh mengejutkan, tetapi seakan sudah dijangka.
Ironinya, kekalahan Manchester United malam ini berpunca daripada kegagalan Bruno Fernandes sendiri menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75 yang berjaya ditepis keluar oleh bekas penjaga gol Liverpool, Caomin Kelleher yang menjadi pemusnah kepada keputusan seri sebentar tadi.
Dua gol hasil sumbangan Igor Thiago juga memastikan United gagal meneruskan momentum kemenangan minggu lalu apabila ditewaskan Brentford 1-3 dalam aksi penuh kontroversi di Stadium Komuniti Gtech, di sini sebentar tadi.

Gol jaringan Benjamin Sesko minit ke-26 tidak membawa sebarang makna buat anak buah Ruben Amorim yang kalah kali ketiga daripada enam perlawanan awal musim.
Malah cubaan kebangkitan United terus berkubur apabila gol ketiga Brentford dijaringkan Mathias Jensen minit ke-95.
Keputusan ini meletakkan skuad Red Devils kembali menduduki tangga ‘bottom half’ di kedudukan ke-13 dengan hanya mengumpul tujuh mata.
Brentford pula dibimbing Keith Andrews berjaya keluar dari zon penyingkiran dan berada dua anak tangga di hadapan United yang terus tercari-cari rentak konsisten awal musim baharu 2025/26.
Kemungkinan Amorim menerima tekanan terbaharu daripada pengurusan United amat tinggi susulan pemecatan pengurus Graham Potter di West Ham United hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
