Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Bekerjasama Dengan AS Siasat Jambatan Baltimore Runtuh

Pemandangan kapal kargo Dali yang merempuh Jambatan Francis Scott Key menyebabkan ia runtuh di Baltimore, Maryland, AS. Foto REUTERS

SINGAPURA, 26 Mac – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini berkata, ia berhubung dengan pengawal pantai Amerika Syarikat (AS) dan syarikat pengurusan sebuah kapal berdaftar Singapura yang terbabit dalam insiden jambatan runtuh di Baltimore.

“Sebagai negara bendera, MPA akan memberikan kerjasama penuh kepada Pengawal Pantai A.S. dalam siasatannya,” katanya dalam satu kenyataan.

“MPA juga akan menyiasat kejadian itu.”

Katanya, terdapat 22 anak kapal di kapal Dali ketika kejadian.

Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, kata MTA hari ini.

Pemandangan kapal kargo Dali yang merempuh Jambatan Francis Scott Key menyebabkan ia runtuh di Baltimore, Maryland, AS. Foto REUTERS

“Jambatan Utama I-695 runtuh selepas dilanggar kapal,” kata MTA di platform X, merujuk kepada lebuh raya rentas negeri yang melibatkan jambatan tersebut.

Justeru, MTA menggesa supaya pemandu mengelak laluan melibatkan jambatan itu yang merentasi Sungai Patapsco.

Seorang jurucakap Jabatan Polis Baltimore memberitahu saluran berita NBC News bahawa terdapat pengguna jalan raya yang terjatuh ke dalam sungai.

“Saya boleh mengesahkan bahawa pada pukul 1.35 pagi(waktu tempatan), polis Bandar Baltimore dimaklumkan tentang sebuah jambatan yang runtuh. Kejadian berlaku di Jambatan Utama Francis Scott,” kata Detektif Niki Fennoy.

Laman pemantauan kapal, MarineTraffic memaparkan sebuah kapal kontena mengibarkan bendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan itu awal tadi.

Imej tangkap layar rakaman video menunjukkan Jambatan Utama Francis Scott yang runtuh di Baltimore. Foto AGENSI

Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scoot berkata, beliau dimaklumkan tentang kemalangan itu dan usaha menyelamat sedang dilakukan.

“Tolong mendoakan mereka yang terjejas,” kata Olszewski di laman X.

  • REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *