Piala FA: Fulham Gagal Sekat Southampton

Pemain Southampton, Ross Stewart meraikan jaringan ketika aksi pusingan kelima Piala FA menentang Fulham di Craven Cottage, London pada 8 Mac 2026. Foto Southampton FC

LONDON, 8 Mac – Southampton menjadi kelab pertama di luar Liga Perdana Inggeris (PL) yang mara ke suku akhir Piala FA musim ini selepas menewaskan Fulham 1-0 menerusi sepakan penalti lewat permainan di Craven Cottage.

Perlawanan seakan bakal berlanjutan ke masa tambahan sebelum pemain tengah Southampton, Finn Azaz, dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Fulham, Joachim Andersen.

Penyerang gantian, Ross Stewart, tidak mensia-siakan peluang apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan dari Liga Kejuaraan itu.

Pemain Southampton, Ross Stewart meraikan jaringan ketika aksi pusingan kelima Piala FA menentang Fulham di Craven Cottage, London pada 8 Mac 2026. Foto Reuters

Southampton sebenarnya lebih layak memenangi perlawanan selepas mencipta beberapa peluang terbaik sepanjang aksi berkenaan.

Azaz hampir membuka jaringan lebih awal, namun percubaannya diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Fulham, Benjamin Lecomte, yang sebelum itu turut bertindak pantas menafikan peluang pemain Southampton, Tom Fellows.

Kemenangan itu menyaksikan Southampton menyertai empat pasukan gergasi yang sudah lebih awal menempah tempat ke suku akhir – Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Liverpool.

Arsenal cemas sebelum menang 2-1 ke atas pasukan divisyen ketiga, Mansfield Town untuk mara ke suku akhir Piala FA pada 7 Mac 2026. Foto Mansfield Town FC

Aksi pusingan kelima diteruskan hari ini dengan kelab divisyen ketiga, Port Vale, melayan kunjungan pasukan Liga Perdana, Sunderland, manakala Leeds United akan menentang Norwich City.

Satu lagi perlawanan pusingan kelima menyaksikan West Ham United dijadualkan bertemu Brentford esok.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *