PH Tetapkan Kriteria Jika Mahu Bentuk Kerajaan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 9 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Sabah, sama ada pada pilihan raya atau membentuk kerajaan, perlu mempunyai tatakelola baik, menghapuskan rasuah dan komited membela nasib rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau bersikap terbuka dan ikhlas untuk bekerjasama sekiranya pihak terbabit mempunyai niat yang jelas serta bekerja dengan ikhlas supaya matlamat bagi membangunkan Sabah tercapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sesiapa saja yang akan bekerjasama dengan kita (PH) mesti tunduk kepada syarat ini… guna kuasa yang ada untuk membela nasib rakyat,” katanya ketika berucap pada Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah Ke-17, di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Presiden KEADILAN memperkenalkan 10 calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN17 Sabah, selain mengumumkan PH bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, rakyat terutama di Sabah yang bakal berdepan PRN, perlu menilai sebaik mungkin apa yang disuarakan calon dan pemimpin politik.

Beliau menjelaskan ia adalah supaya rakyat tidak termakan janji palsu dan menjadi alat dalam permainan politik mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita boleh hangatkan suasana. Kita boleh biar orang bertepuk. Akhirnya pemimpin kaya raya, rakyat bertepuk itu miskin papa kedana. Kamu datang sorak-sorak… balik siapa peduli kamu, dia (calon) menang tinggalkan kamu,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi amaran politik perkauman banyak merosakkan negara dan menimbulkan kebencian tidak berfaedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau menekankan bahawa kestabilan politik dan kerjasama antara Persekutuan dengan negeri perlu diperkukuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama di Sabah.

Anwar turut menyeru rakyat Sabah supaya memanfaatkan peluang pada PRN kali ini untuk bekerja sebagai pasukan bagi membangunkan negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini peluang kita bekerja sebagai pasukan. Sisa umur kita, kita manfaatkan untuk kebaikan rakyat dan angkat semula imej negara sebagai negara yang baik,” katanya.

Anwar turut mengumumkan semua gabungan parti dalam PH yang bertanding pada PRN17 Sabah akan menggunakan lambang PH sebagai simbol perjuangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *