Pesakit Remaja Jalani Pembedahan Perut Terima Sumbangan Daripada PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Indera Mahkota 2, Kuantan pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Mohd. Khairi, 14, yang kini sedang menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani prosedur pembedahan besar di bahagian perut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi di kediaman keluarga remaja tersebut di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Farhan berkata, ziarah ke atas keluarga Nur Safiyya merupakan rutin bagi Ziarah Madani.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Indera Mahkota 2, Kuantan pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Keadaan kesihatannya yang belum stabil amat meruntun hati, lebih-lebih lagi buat ibu dan ayah yang saban hari berdoa agar anak mereka kembali sihat seperti biasa.

“Saya hadir mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan salam, doa serta sedikit sumbangan sebagai tanda kasih dan keprihatinan kepada keluarga ini yang sedang diuji,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Tok Empat Indera Mahkota Jaya, Faizal Rizal, yang bertindak pantas menyalurkan maklumat mengenai keadaan Nur Safiyya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Indera Mahkota 2, Kuantan pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Lantaran itu, saya dan pasukan Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota segera mengadakan lawatan dan mendengar sendiri keluhan mereka.

“Semoga adik Safiyya diberikan kesembuhan sepenuhnya dan keluarga ini terus kuat menempuh cabaran yang mendatang,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *