Peruntukan RM5.27 Juta Tuisyen MADANI Bukti PM Anwar Iktiraf Kecemerlangan Akademik Terengganu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan peruntukan Program Tuisyen MADANI sebanyak RM5.27 juta kepada pelajar dan guru pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA TERENGGANU, 13 – Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan Program Tuisyen MADANI pertama dilaksanakan di Terengganu membuktikan pengiktirafan tinggi Perdana Menteri terhadap kecemerlangan akademik di negeri itu.

Pengiktirafan Perdana Menteri itu berdasarkan pencapaian cemerlang pelajar Terengganu dalam peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang wajar dipertahankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malah, Terengganu merupakan negeri pertama menerima manfaat berkenaan berbanding negeri lain sekali gus memperlihatkan kesungguhan Anwar membantu apa sahaja asalkan pelajar dan guru terus dibantu biarpuan negeri ini ditadbir pembangkang.

Susulan itu, ibu bapa turut bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri kerana ia merupakan satu galakan dan motivasi besar terhadap kecemerlangan akademik anak-anak mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah, kerajaan tidak memilih pelajar asalkan cemerlang dalam pelajaran, maka mereka mendapat bantuan yang disalurkan menerusi kementerian (KPM) nanti.

“Saya mewakili para ibu bapa dan guru-guru turut mengucapkan terima kasih kepada PMX kerana memilih negeri kami menerima bantuan pertama sempena program MADANI di Terengganu,” jelas Muhamad Hanafi, 45, dari Kuala Berang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Difahamkan seramai 9,408 pelajar negeri itu bakal menerima manfaat program berkenaan yang dikelolakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang juga akan melibatkan 614 guru untuk mengajar murid dan pelajar terlibat.

“Saya ingin umumkan (Program Tuisyen MADANI) khusus untuk Terengganu melibatkan peruntukan RM5.27 juta. Seramai 9,408 orang pelajar akan terlibat dan ia program pertama di Malaysia,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika merasmikan penutup Program MADANI Rakyat (PMR) peringkat Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan peranti MADANI kepada Muhammad Irfan Zaini Zainal yang merupakan pelajar cemerlang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UTP pada PMR peringkat Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menteri Pendidikan, Fadhilna Sidek yang mengikuti PMR 2025 ceria melihatkan Anwar yang berbangga melihat PMR peringkat Terengganu selama tiga hari sehingga semalam yang melibatkan penyertaan 24 kementerian dan agensi kerajaan yang berjaya menarik lebih 82,000 pengunjung, jauh melepasi sasaran awal hanya 20,000 sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuh projek baharu termasuk pembinaan kolej matrikulasi, kampus Politeknik Kuala Terengganu dan dua bengkel kemahiran bernilai keseluruhan RM78.16 juta telah diluluskan di Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati jamuan tengah hari ketika hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, selain itu kerajaan Persekutuan juga akan memperluaskan liputan internet jalur lebar untuk kemudahan penduduk di Hulu Terengganu dan Besut.

“Inisiatif tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 15,000 isi rumah khususnya golongan pelajar dan peniaga kecil,” katanya.

Anwar turut menyentuh jiwa hadirin apabila pelbagai peruntukan termasuk RM200 juta bagi mengatasi masalah hakisan di kawasan pantai, ternyata memberi impak besar terhadap imej Kerajaan MADANI yang tidak sesekali meminggirkan rakyat walau di mana sahaja.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *