Pertemuan PM Anwar, PM Chinh Di Sidang Kemuncak BRICS Perkukuh Kerjasama Malaysia-Vietnam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janerio, Brazil pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

RIO DE JANERIO, 6 Jul – Hari kedua Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di sini diteruskan lagi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh.

Pertemuan terakhir kedua-dua pemimpin sebelum ini adalah semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut memberi ruang untuk kedua-dua pemimpin menilai tahap kemajuan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Vietnam merangkumi perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, maritim, perikanan serta tenaga hijau dan petroleum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janerio, Brazil pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya turut membangkitkan keperluan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah.

“Saya juga menzahirkan harapan agar pendekatan yang lebih konstruktif dapat dirintis demi memastikan kelestarian sumber laut serta memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara,” ujar Anwar.

Anwar diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janerio, Brazil pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia kini merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Vietnam dalam ASEAN dan kesembilan terbesar di dunia.

Perdagangan dua hala kedua-dua negara terus meningkat mencecah RM59.5 bilion (US$14.2 bilion) pada 2024 dengan sasaran RM76 bilion (US$18 bilion) tahun ini.

Selain itu, Anwar berkata Malaysia juga menyokong penuh potensi pelaburan dalam tenaga boleh baharu di selatan Vietnam termasuk inisiatif kabel dasar laut yang mampu memperkukuh jaringan tenaga dua hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janerio, Brazil pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya ia seiring dengan aspirasi pembentukan Grid Kuasa ASEAN, sebuah infrastruktur untuk menjamin keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan.

“Saya menantikan pertemuan susulan bersama beliau di Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Oktober nanti dalam usaha memperkukuh lagi hubungan strategik dan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Vietnam,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janerio, Brazil pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *