Pertemuan Dengan Ahli Parlimen BN Cuma Bincang Isu Semasa – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA NERUS, 12 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pertemuan beliau bersama beberapa menteri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) malam semalam hanya membincangkan isu semasa.

Perdana Menteri berkata, perkara yang dibincangkan termasuk berkait sidang parlimen dan badan kehakiman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Begini, hari Isnin saya putuskan nak jumpa Pakatan Harapan (PH) itu perkara biasa jadi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kata baik adakan juga pertemuan dengan BN.

“Baik saya bagi tahu jumpa semalam dan BN bagi kerjasama penuh dalam isu-isu ini saya terangkan beberapa isu termasuk soal cadangan cukai, tentang RON95, berdasarkan berapa cadangan awal yang Jemaah Menteri tak setuju jadi biar kita selesaikan bab itu, kemudian bab badan kehakiman itu juga saya jelaskan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus bagi memulakan acara rasmi termasuk merasmikan penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Terengganu pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar

Terdahulu media melaporkan bahawa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN di Seri Perdana, Putrajaya jam 9:20 malam tadi.

Datuk Seri Anwar mengulas perkara itu ketika ditemui selepas meluangkan masa hampir satu jam bertemu dengan lebih 2,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Seminar Pemantapan Organisasi parti itu di sebuah hotel di sini petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati jamuan tengah hari ketika hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Cabang Terengganu, Kelantan dan Pahang juga secara tertutup di hotel sama.

Turut hadir, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Munim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pertemuan bersama pucuk pimpinan parti tiga negeri, isu tatakelola, rasuah dan isu badan kehakiman turut menjadi inipati perbincangan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *