Perlu Ketelusan Dalam Pengurusan Dana Kutipan Derma – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat di Kementerian Komunikasi, hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 17 FebPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlu ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Kerajaan MADANI sendiri, katanya, sentiasa mengutamakan kepentingan dalam soal pengurusan kewangan dengan penekanan kepada tatakelola yang betul bagi mengelakkan ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebab itu kita cadangkan semua derma-derma ini ikut saluran dan kita minta supaya diteliiti jumlahnya dan apa dibeli dan berapa banyak diserahkan, perlu ada ketelusan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat di Kementerian Komunikasi, hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA dan RTM selepas menghadiri sesi dialog sempena Majlis Perasmian Penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat, di sini hari ini.

“Itu sebabnya, dalam soal pengurusan tatakelola, kena teliti, kerana kita kutip derma. Buat sekolah maahad tahfiz, kena ada peraturan, kalau tidak, dia kutip itu kemudian baiki rumah, sebab itu kita kena ikut peraturan,” katanya lagi.

Turut hadir dalam program selama dua hari yang bermula semalam ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Terdahulu, Anwar menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan peserta yang terdiri setiausaha akhbar kepada menteri-menteri dan warga komunikasi korporat meliputi pelbagai topik dan isu semasa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *