Perlu Ada Sesi Libat Urus Antara Umat Islam, Bukan Islam Elak Islamofobia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain. Foto Harian Metro

IPOH, 29 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia.

Perdana Menteri berkata zaman pasca penjajahan barat, masih mengekalkan ajaran lama mereka dan maka oleh yang demikian salah faham, maklumat yang salah dan penolakan kepada yang lain, yang kemudiannya diistilahkan sebagai Islamofobia.

“Bagaimana anda bertahan dan hidup dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang agama di Malaysia dan mengelak membincangkan agama, budaya, tamadun lain… Dan kemudian menuntut supaya barat memahami kita.

“Jadi saya fikir sesi libat urus diperlukan untuk membolehkan orang lain memahami kita, dan untuk kita memahami mereka,” katanya ketika berucap pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) ke-7, Berdiri Bersama : Umat Islam dan Kemanusiaan Sejagat, di sini hari ini.

Perasmian persidangan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *