Perkukuh Usaha Menuntut Ilmu Termasuk Ilmu Baharu – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 28 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak para pelajar mengadaptasi perubahan dan memperkukuh usaha menuntut ilmu termasuk menguasai ilmu baharu kerana berkata sistem pendidikan pada masa ini amat mencabar yang menuntut mahasiswa meninggalkan pemikiran lapuk dan terikat dengan cara lama.

Dalam ucapannya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana hari ini, Anwar berkata, pelajar turut berdepan dengan perubahan era pendidikan yang dipacu oleh transformasi digital dan tekanan teknologi yang berkembang pesat setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

“Umumnya zaman ini, zaman yang sangat mencabar. Persaingan yang terlalu kencang dan perubahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau mahu maju, kita harus terima keadaan… tidak boleh (berada) pada tahap yang lama, (termasuk) cara berfikir, cara bekerja,” ujar Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

Bagaimanapun Anwar menegaskan, usaha itu tidak hanya terletak di bahu pelajar semata-mata, sebaliknya memerlukan peranan golongan pendidik.

“Itu (perubahan) kalau hanya dihadam oleh pelajar tetapi tidak diterima oleh guru atau perancang pendidikan, ia tidak akan berhasil dan akan menutup semua usaha secara keseluruhannya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan keamanan negara bukan sekadar bermaksud mengekalkan keadaan sedia ada, sebaliknya menuntut sokongan padu dan rasa tanggungjawab bersama seluruh rakyat.

Beliau berkata walaupun tanggungjawab utama menjaga keselamatan negara terletak pada pasukan tentera, polis dan anggota keselamatan, usaha mengekalkan keamanan memerlukan komitmen kolektif masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

“Perbezaan itu bukan semestinya mengundang kebencian. Jika timbul perselisihan, ia seharusnya ditangani dengan semangat taaruf iaitu usaha untuk saling mengenali dan memahami, bukannya bermusuhan,” kata beliau.

Lebih 300 warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi termasuk pelajar Institut Pendidikan Guru memeriahkan majlis berbuka puasa itu yang disusuli dengan solat maghrib, isyak dan tarawih.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *