Perkukuh Tatakelola, Perkasa Agensi KDN Jadi Keutamaan 2026 – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah pada 29 Januari 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 29 Jan – Pengukuhan tatakelola dan memperkasa penyelarasan dan peranan 11 agensi keselamatan dan kesiapsiagaan, menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepanjang tahun ini.

Menyifatkan pencapaian tahun 2025 sebagai amat memuaskan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail komited meneruskan agenda reformasi dan pemerkasaan setiap agensi tanpa mengira waktu bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam terus dipelihara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah pada 29 Januari 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Ia susulan titah tegas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada pembukaan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini agar rasuah diperangi secara menyeluruh tanpa melindungi sesiapa yang akan dijadikan garis panduan utama KDN dalam memperkukuh tatakelola serta menutup setiap inci ketirisan dan salah guna kuasa.

Saifuddin Nasution berkata, titah Seri Paduka Baginda membawa mesej jelas bahawa usaha membanteras rasuah mesti diterjemahkan melalui pelaksanaan tegas dan berintegriti demi memastikan amalan itu tidak terus merosakkan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah pada 29 Januari 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

“Titah itu turut selari dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial hanya boleh dicapai melalui tadbir urus yang telus,” ujarnya.

Hasil daripada tadbir urus itu, beliau bersyukur anak-anak dapat menjalani sesi persekolahan melalui bantuan kerajaan selepas menyerahkan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah pada 29 Januari 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Untuk negeri Kedah sahaja, ujarnya, sebanyak RM50,500,350 diperuntukkan bagi memberi manfaat kepada 336,669 orang murid.

“Di peringkat nasional pula, jumlah keseluruhan mencecah RM800 juta, satu komitmen besar Kerajaan MADANI demi memastikan tiada anak yang tercicir hanya kerana kekangan kewangan.

“Dari mana datangnya duit-duit ini?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM116,400 kepada SMK Taman Mutiara, Karangan, Kedah pada 29 Januari 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

“Inilah hasil bila kita laksanakan subsidi bersasar. Bila ketirisan dapat dikurangkan, wang negara dapat diurus dengan lebih berhemah dan lebihan itulah yang kita salurkan semula terus kepada rakyat.

“InsyaAllah, langkah-langkah seperti ini akan terus diperkukuh. Yang penting, manfaat sampai ke tangan yang sepatutnya,” ujarnya menerusi hantaran berasingan di Facebook.

Seramai 776 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 menerima bantuan berkenaan sebanyak RM150 seorang bagi sekolah berkenaan yang amat membantu meringankan beban ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *