Penyasaran Subsidi Pastikan 85 Peratus Rakyat Terima Faedah – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat Perlis di Felda Chuping pada Isnin.

PADANG BESAR, 1 AprLangkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85 peratus rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati oleh golongan kaya selain hampir empat juta warga asing.

“Kita bagi subsidi minyak, siapa yang peroleh untung sekarang? Ya rakyat Malaysia. 3.5 juta atau hampir empat juta orang asing pun dapat subsidi minyak, kerana kita bagi subsidi kepada semua.

“Orang paling kaya dalam negara kita pun dapat subsidi minyak, jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan apa yang disebut penyasaran subsidi supaya faedah sibsidi itu dipulangkan langsung kepada 80 ke 85 peratus rakyat,” katanya pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat Perlis di Felda Chuping pada Isnin.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat Perlis di Felda Chuping di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jelas beliau, bagi minyak diesel pula penyasaran subsidi dilakukan untuk memastikan ketirisan dan penyeludupannya yang berlaku sejak sekian lama.

Menurutnya, hal tersebut menyebabkan kerajaan mengalami kerugian puluhan bilion setiap tahun dan ia perlu dihentikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hadir ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar bagi mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Perlis pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebab itu saya kata, penyasaran subsidi maknanya naik harga bagi 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi dan bagi orang asing, tetapi tidak membebankan (rakyat).

“Kalau kita lakukan apa-apa perubahan berkaitan diesel mesti tentukan perkhidmatan awam, lori-lori Felda, nelayan, bas sekolah, jabatan kerajaan itu tidak dikenakan kenaikan diesel,” katanya.

Tambah Anwar, bagi penambahbaikan berkaitan penyasaran subsidi, kerajaan bersedia mendengar pandangan dan teguran daripada mana-mana pihak.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *