Penumpang ‘Berjemaah’ Jalan Kaki Atas Landasan, LRT ‘Meragam’

Penumpang LRT antara Sengkang-Punggol berjalan kaki di atas landasan menuju stesen berhampiran. Foto The Straits Times

SINGAPURA, 16 Ogos – Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa berjalan kaki di landasan susulan gangguan bekalan elektrik di laluan LRT Sengkang-Punggol, Singapura semalam, lapor saluran berita MediaCorp Singapura.

Kejadian berlaku selang tiga hari selepas gangguan perkhidmatan di LRT Sengkang-Punggol dan Laluan Timur Laut (NEL) pada Selasa lalu.

Perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol itu bagaimanapun disambung semula sepenuhnya sekitar empat jam selepas ia mengalami gangguan bekalan elektrik.

Penumpang LRT antara Sengkang-Punggol berjalan kaki di atas landasan menuju stesen berhampiran. Foto The Online Citizen

Gangguan itu menyebabkan perkhidmatan LRT laluan tersebut tergendala pagi semalam.

Akhbar Berita Harian Singapura memetik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit, Jeffrey Sim sebagai berkata, masalah itu bermula sekitar pukul 8.40 pagi yang menjejaskan semua 29 stesen di laluan tersebut.

Beliau berkata, laporan awal mendapati kerosakan kabel antara dua stesen telah menyebabkan tenaga elektrik di rangkaian LRT tersebut terputus, mengakibatkan 10 kereta api terhenti di landasan.

Penumpang LRT antara Sengkang-Punggol berjalan kaki di atas landasan menuju stesen berhampiran. Foto The Straits Times

Ini bukan kali pertama tren LRT menghadapi masalah malah turut memberi imej buruk kepada Perdana Menteri Lawrence Wong atas kegagalan memastikan perkhidmatan tren berfungsi dengan baik.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *