Peniaga, Pengunjung Bazar Ramadan Sepanggar Ceria Dengan Kehadiran PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

SEPANGGAR, 15 Mac – Usai menghadiri beberapa program sekitar Kota Kinabalu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Anwar, diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud tiba pada 4.53 petang serta turut beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar berkenaan, sebelum ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Rata-rata para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan itu gembira dengan kehadiran Perdana Menteri yang mendengar sendiri serta berinteraksi membawa kisah masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Ada di antara mereka mengambil kesempatan bergambar dengan Perdana Menteri sambil membawa keluarga mendapatkan juadah berbuka puasa di situ.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Peniaga kuih Francis Sungkin, 42, ketika ditemui Bernama menzahirkan rasa teruja berkesempatan bertemu dan bergambar bersama Perdana Menteri yang melawat gerai jualannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

“Saya gembira kerana gerai saya adalah antara gerai yang Perdana Menteri lawat dan membuatkan saya lebih bersemangat berniaga dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara. Sudah tiga tahun saya berniaga bazar Ramadan di sini dan ini kali pertama Perdana Menteri melawat di sini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Seorang pengunjung, Jerry Soibik, 41, berkata dia tidak menyangka berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri ketika berkunjung ke bazar berkenaan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

“Ini kali pertama saya berkunjung ke bazar ini, kebetulan saya membawa anak untuk menggunting rambut di sekitar kawasan ini dan terus saya singgah untuk membeli makanan dan tidak menyangka terserempak dengan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), di Sepanggar pada 15 Mac 2026. Foto PMO

“Sebenarnya saya dan anak mahu bergambar dengan Perdana Menteri, namun tidak berkesempatan kerana ramai orang, saya berharap lain kali dapat sekali lagi berjumpa dan bergambar dengan pemimpin negara itu,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *