Pengorbanan, Kesiapsiagaan Anggota TUDM Tunjang Kedaulatan Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada entiti pertahanan negara itu sempena sambutan Hari TUDM ke-67 pada 1 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengorbanan dan kesiapsiagaan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disifatkan sebagai tunjang kepada keamanan serta kedaulatan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada entiti pertahanan negara itu sempena sambutan Hari TUDM ke-67.

“Penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahankan ruang udara negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada entiti pertahanan negara itu sempena sambutan Hari TUDM ke-67 pada 1 Jun 2025. Foto X Anwar Ibrahim

“Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!,” menurut hantaran itu.

Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 yang disambut setiap tahun pada 1 Jun, mengangkat tema “Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara” bagi sambutan tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *