Pengawal Pantai AS Cekup Pendatang Haiti Lolos Di Florida

Bot membawa pendatang Haiti tiba di Key West menurut pejabat Monroe County Sheriff setelah terdampar selama tujuh hari di laut. Foto Monroe County Sheriff via AP

MIAMI, 27 Jun – Lebih 100 pendatang Haiti tiba dengan bot di Florida, Amerika Syarikat, kira-kira pada pukul 4.00 pagi semalam.

Peronda Sempadan AS berkata pihaknya telah menahan kesemua pendatang asing tersebut.

Pendatang asing itu menghabiskan masa seminggu di laut sehingga tiba di Key West, sebahagian dari kepulauan Florida Keys di hujung selatan negeri itu.

Terdahulu, Gabenor Florida Ron DeSantis telah mengeluarkan arahan supaya penempatan pegawai polis dan askar ditingkatkan di kepulauan berkenaan untuk mengekang pendatang asing dari Haiti.

Pemimpin republik itu telah menjadikan perjuangan menentang pendatang haram sebagai salah satu ciri pentadbirannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengawal Pantai AS telah menghantar pulang 294 warga Haiti sejak Oktober 2023, menurut ‘The Washington Post’. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *