Pencapaian Ekonomi Positif Hasil Agenda, Perancangan Kerajaan MADANI – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat Zon Selatan dam Setahun Ekonomi MADANI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, hari ini.
JOHOR BAHRU, 17 Ogos – Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif yang direkodkan pada suku kedua (April hingga Jun) tahun adalah hasil usaha pelbagai perancangan tersusun menerusi kerangka agenda Ekonomi MADANI.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua itu disusun dan dilaksana Kerajaan Perpaduan namun pencapaian tersebut tidak wajar dipandang sinis.
Anwar menyelar pandangan negatif dan hasutan sesetengah pihak di negara ini yang berterusan menuduh Kerajaan Perpaduan tidak melakukan apa-apa bagi meningkatkan ekonomi negara.

Jelasnya yang juga Menteri Kewangan, jika kerajaan tidak melakukan sebarang usaha, maka kadar pertumbuhan negara tidak mungkin mampu mencapai 5.9 peratus suku tahun ini.
“Jika tidak ada pengumuman (menerusi Program MADANI) rakyat tak tahu apa perkara positif negara capai.
“Maka timbullah pandangan-pandangan negatif dan hasutan, seolah-olah tidak ada apa yang dilakukan kerajaan.
“Kita lihat kejayaan ini (perkembangan ekonomi negara) babit kerjasama semua pihak membabitkan kerajaan swasta, penjawat awam, rakyat, pekerja, petani pekebun kecil sehinggalah nelayan.

“Semuanya ini menyebabkan keyakinan pelabur dengan ringgit antara matawang yang peningkatannya terkuat di rantau kita,
Alhamdulillah,” katanya.
Beliau berkata semasa berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat Zon Selatan dam Setahun Ekonomi MADANI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, hari ini.
Semalam, ekonomi Malaysia pada suku kedua 2024 dilaporkan berkembang sebanyak 5.9 peratus, mengatasi unjuran awal 5.8 peratus yang diumumkan bulan lalu dan pertumbuhan yang tertinggi sejak suku keempat 2022.
Dasar Berkesan, Kerajaan Optimis KDNK Tumbuh Maksimum 5% Tahun Ini
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dilaporkan berkata pertumbuhan itu dipacu oleh peningkatan ketara perbelanjaan isi rumah dan pasaran kerja yang kukuh serta sokongan dasar yang lebih meluas.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
