Peminat Tenis Nombor Satu Wimbledon Meninggal Dunia

Duchess of Kent yang terkenal dengan penglibatannya dalam kejohanan tenis dan peminat nombor satu Wimbledon, meninggal dunia pada usia 92 tahun. Foto Metro UK
LONDON, 5 Sep – Katharine Worsley atau nama gelarannya, Duchess of Kent yang terkenal dengan penglibatannya dalam kejohanan tenis dan peminat nombor satu Wimbledon, meninggal dunia pada usia 92 tahun, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Jumaat.
Dilahirkan dalam keluarga aristokrat di Yorkshire, utara England, beliau berkahwin dengan Duke of Kent, sepupu kepada mendiang Ratu Elizabeth II.
Duchess of Kent sebelum ini dikenali kerana sering menyampaikan trofi kepada pemenang di kejohanan Wimbledon.

“Ia adalah kehilangan besar. Seluruh kerabat diraja bersama Duke of Kent, anak-anak serta cucu-cucu baginda sedang meratapi pemergian ini, selain mengenang jasa besar Duchess terhadap pelbagai organisasi, minat mendalamnya terhadap muzik dan empatinya terhadap golongan muda,” tambah kenyataan itu.
Sebagai tanda penghormatan, bendera Union Jack di Istana Buckingham dikibarkan separuh tiang hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
