Pemilik Spanco Hadapi Dakwaan Di Mahkamah Pagi Ini

Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar pertuduhan ke atasnya pagi ini. Foto Harian Metro

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.

Mengikut paparan maklumat mahkamah, pertuduhan ke atas ahli perniagaan yang juga pemilik Spanco Sdn Bhd itu akan dikemukakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, jam 9 pagi.

Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.

Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar pertuduhan ke atasnya pagi ini. Foto Harian Metro

Tokoh korporat itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan, selain memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu.

Selain itu, SPRM turut merakam percakapan bekas Menteri Kewangan berkait kontrak perolehan membabitkan syarikat berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *