Pembunuhan Al-Arouri: Rakyat Palestin Turun Ke Jalan Raya

Rakaman perbualan telefon Saleh Al-Arouri pada 13 Oktober lalu. Foto X
RAMALLAH, 3 Jan – Rakyat Palestin turun ke jalan raya di bandar Ramallah, Tebing Barat sejurus selepas laporan kematian pegawai kedua tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri di Lubnan pada Selasa.
Mereka menuntut balas dendam ke atas pembunuhan a-Arouri sambil melaungkan slogan dan menyeru Setiausaha Agung Hezbollah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah untuk mengambil tindakan.
Al-Arouri, 57, adalah pemimpin kanan politik Hamas pertama yang syahid sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat terhadap Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Kematian al-Arouri dijangka meningkatkan risiko perang merebak di luar Semenanjung Gaza.
Radio dan TV Hamas serta TV Mayadeen mengesahkan berita daripada sumber keselamatan bahawa al-Arouri telah syahid apabila sebuah dron Israel menyerang pejabat Hamas di selatan Beirut.
Al-Arouri, yang juga ahli biro politik Islam Palesti,n merupakan pengasas bersama sayap Hamas, Bridged Al-Qassam.

Secara keseluruhan, serangan dron itu mengorbankan enam individu di pinggir bandar selatan Daliyeh.
Dua sumber keselamatan berkata, dron itu menyasarkan pertemuan dan menurut TV Al Qqsa Hamas, komander sayap bersenjata kumpulan itu di Lubnan, Samir Findi Abu Amer dan Azzam Al-Aqraa Abu Ammar adalah antara yang maut.
Israel bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang pembunuhan al-Arouri itu.
Israel sebelum ini menuduh al-Arouri mengarahkan dan menyelia serangan Hamas di Tebing Barat yang diduduki Israel selama bertahun-tahun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
