Pemberontakan Wagner Bukti Keretakan Dalam Pentadbiran Putin

Tentera Rusia masih mengawal lokasi strategik di Moscow walaupun laporan menyebut pemberontakan daripada pejuang Wagner kini mulai kendur. Foto The Guardian.
MOSCOW, 26 Jun – Pentadbiran Presiden Vladimir Putin sedang berusaha memulihkan keadaan susulan tentera upahan kumpulan Wagner membatalkan pemberontakan Sabtu lalu.
Bagi sekutu Barat, mereka menilai bagaimana Putin mungkin mempertegaskan semula kuasa dan apa maknanya ancaman Wagner terhadap perang di Ukraine.
Menamatkan pemberontakan jangka pendek, pejuang Wagner menghentikan kemaraan dalam masa singkat di Moscow, dengan berundur dari bandar Rostov di selatan Russia dan kembali ke pangkalan mereka lewat Sabtu di bawah perjanjian yang menjamin keselamatan mereka.
Komander tentera upahan Russia, Yevgeny Prigozhin, akan bergerak ke Belarus di bawah perjanjian yang dirunding Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

Hari ini, Isnin diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja di Moscow dengan matlamat ia memberi masa supaya perkara berkaitan dapat diselesaikan berikutan terdapat bukti yang menunjukkan sedikit peningkatan keselamatan di ibu negara Russia, petang semalam.
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, berkata, salah satu sasaran utama kemarahan Prigozhin, melawat tentera Russia yang terbabit dalam operasi ketenteraan di Ukraine, lapor agensi berita RIA yang dikendalikan kerajaan, hari ini.
Bagaimanapun Putin, yang memerintah selama lebih dua dekad, masih perlu mengulas secara terbuka sejak pengurangan intensiti konflik, salah satu cabaran terbesar kepada pemerintahannya.
Kekeliruan mengenai peristiwa luar biasa pada hujung minggu menyebabkan kerajaan yang mesra dan bermusuhan dengan Moscow, berusaha mendapatkan jawapan kepada apa seterusnya boleh berlaku di negara yang mempunyai senjata nuklear terbesar di dunia itu.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken melihat pergolakan itu mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan.
“Kami melihat lebih banyak keretakan muncul di pihak Russia,” katanya pada program ‘Meet the Press’ NBC, semalam.
Semalam, Timbalan Menteri Luar Russia, Andrei Rudenko mengadakan perbincangan di Beijing mengenai isu antarabangsa namun tidak jelas sama ada lawatannya ke sekutu terkuat negaranya itu dicetuskan oleh pemberontakan Wagner.
“Di pihak China ia menyatakan sokongan terhadap usaha kepemimpinan Persekutuan Russia untuk menstabilkan keadaan di negara itu susulan peristiwa 24 Jun dan mengesahkan minatnya untuk mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran Russia,” kata Kementerian Luar Russia.
Tindak balas Beijing diukur secara khas. Kementerian Luar China mengeluarkan kenyataan yang menyokong usaha Russia untuk mengekalkan kestabilan negara dan merujuk kepada ketegangan baru-baru ini di negara itu sebagai ‘hal ehwal dalaman’ negara itu.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy membincangkan peristiwa di Russia menerusi panggilan telefon berasingan dengan Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Kedua-dua pemimpin itu menyatakan sokongan berterusan mereka terhadap Ukraine ketika negara berkenaan meneruskan serangan balas untuk mendapatkan semula wilayah yang dirampas oleh Russia, menurut kenyataan rasmi.
“Dunia mesti memberi tekanan kepada Russia sehingga ketenteraman antarabangsa dipulihkan,” kata Zelenskiy di Twitter.
Putin berkata, beliau memberi keutamaan kepada konflik di Ukraine dalam petikan wawancara yang disiarkan oleh televisyen kerajaan semalam yang nampaknya dirakam sebelum pemberontakan.
Stesen televisyen negara melaporkan, Putin akan menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Russia minggu depan, tanpa mengulas lanjut dan agensi berita Belta Belarus pula mengatakan Putin dan Lukashenko berhubung semula semalam, selepas sekurang-kurangnya dua panggilan pada Sabtu.
Dalam ucapan di televisyen, Putin berkata pemberontakan itu meletakkan kewujudan Russia di bawah ancaman, berikrar untuk menghukum mereka yang berada di belakang pemberontakan itu dan menyamai kekacauan 1917 yang membawa kepada revolusi Bolshevik.
