Peluncuran Unit Kedua PRIME Perkukuh Persediaan Hadapi Bencana Di Sabah

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

PENDAPAT, 8 Sep – Peluncuran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat negeri Sabah oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Sabah semalam, membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan kesiapsiagaan komunikasi semasa bencana dan kecemasan khususnya di kawasan yang mengalami gangguan atau ketiadaan talian.

Fahmi menjelaskan, peluncuran unit PRIME di Sabah itu bukan sahaja menjadikan jumlah keseluruhan dua unit setakat ini, dengan satu lagi telah dilancarkan di Semenanjung Malaysia, tetapi ia sebagai tanda komitmen kementerian bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku di negeri ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

“Unit PRIME ini akan digunakan terutamanya apabila berlaku bencana dan akan membantu pasukan petugas untuk melaksanakan operasi, khususnya di kawasan yang terputus talian atau tidak mempunyai sebarang talian internet.

“Kita ingat apabila tragedi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali dua tahun lepas, terdapat masalah talian Internet menyebabkan bukan hanya petugas keselamatan yang menghadapi masalah, tetapi petugas media juga menghadapi kesukaran … sekiranya unit PRIME digerakkan ke lokasi kejadian, maka masalah ini akan dapat diatasi,” katanya.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Unit berkenaan yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih seperti dron dan bertindak sebagai ‘mobile command communications centre’ terbukti berjaya meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap persediaan kerajaan menghadapi bencana seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.

Insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor sebenarnya menjadi titik tolak penubuhan PRIME sebagai satu elemen penting yang menjadi prosedur utama dalam aspek pengurusan bencana diterajui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Pelancarannya yang disempurnakan Fahmi bertepatan dengan sambutan program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau kelmarin yang mendedahkan peranan PRIME sebagai pusat kemudahan komunikasi bergerak khususnya di Pantai Timur Sabah.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan para pemimpin setempat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Fahmi berkata teknologi PRIME akan diperluas ke kawasan lain yang memerlukan, selaras dengan komitmen kerajaan meningkatkan kecekapan komunikasi semasa bencana.

Fahmi menambah, PRIME juga akan digerakkan ke kawasan komuniti yang tidak mempunyai sebarang akses Internet dan sebagai permulaan, unit di Sabah akan digerakkan ke kawasan Parlimen Kalabakan bagi menyantuni penduduk yang tidak mempunyai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Penganalisis berpendapat, fungsi dan peranan PRIME boleh diperluaskan kepada peningkatan kesalinghubungan ekonomi, sosial dan kesihatan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang dipacu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Program bantuan sosial seperti eKasih, SARA (Sumbangan Asas Rahmah), penghantaran ubat ke kawasan pedalaman dan sebagainya pasti akan memberi nilai tambah kepada pelaksanaan PRIME yang saya yakin mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

“Ini sekali gus mengukuhkan jenama PRIME sebagai penyelesaian strategik mengatasi setiap halangan muka bumi dan meningkatkan capaian internet di kawasan-kawasan yang belum menerima liputan menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA),” jelas Mohammad Afif Mohd Rashid.

Untuk rekod, PRIME ialah sistem komunikasi bergerak berasaskan kenderaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang dilengkapi pelbagai teknologi termasuk satelit, rangkaian selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan sokongan dron.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau pada 7 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Difahamkan satu unit PRIME ketiga akan dilaksanakan di Sarawak hujung tahun ini sekali gus  melengkapkan peranan unit bergerak itu menghubungkan komuniti dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *