Peluang PN Pertahan DUN Sungai Bakap Makin Pudar Walau Calon Ada ‘ISO 14001’!

Antara poster ‘menganjing’ calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Sungai Bakap Abidin Ismail yang menjadi bahan ketawa warganet yang tular di media sosial. Foto X Burt Berkarat
PENDAPAT, 20 Jun – Berbaki kurang 48 jam sebelum penamaan calon bermula, petanda makin jelas bahawa Perikatan Nasional (PN) semakin sukar mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 6 Julai nanti.
Selain gelombang cetusan mereka yang melanda negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang makin merosot ketara, keupayaan calon yang dipertaruhkan juga makin menjadi bahan ketawa warganet sejak diumum pada 15 Jun lalu.
Masakan tidak, seolah tidak mahu ‘kalah’ dengan ketokohan calon Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM), mereka juga sanggup ‘menonjolkan’ calon yang ‘memiliki’ sijil ISO 14001 kononnya sebagai ‘senjata’ namun akhirnya menjadi bahan lawak di media sosial.

Sedangkan faktanya ialah pensijilan ISO berkenaan diberikan kepada organisasi yang membantu memenuhi tanggungjawab persekitaran mereka dengan lebih baik dan menjimatkan kos yang berkaitan dengan alam sekitar.
Lebih menggelikan hati ialah warganet turut meninggalkan komen menyindir kepada calon PN dengan persoalan, calon ni ‘orang ke kilang?’
Memang nampak sangat Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili PN tak faham apa maksud sijil ISO 14001 sedangan beliau pernah menjadi menteri semasa kerajaan tebuk atap 33 bulan dulu.
Seorang pengguna akaun Twitter (X) @DrRamliZainal berkata, sijil berkenaan biasanya layak diberikan kepada organisasi dan bukan individu.
“Sijil ISO 14001 dan juga sijil ISO lain diberi kepada organisasi bukan individu,” tulisnya.

“Sebagai juruaudit, tahu tak ISO 14001 ni untuk kilang-kilang. Kalau dia cakap dia disahkan juruaudit ISO okay, tapi masih tak ada hubungan pun dengan parti politik,” jelas @theonlyfaizmusa.
Ini merupakan satu lagi isyarat negatif permulaan kempen PN mempertahankan kerusi berkenaan selain tidak mempunyai kelayakan akademik yang jelas seperti mana calon PN pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang tersungkur di tangan Pang Sock Tao.
Ini antara petanda jelas gelombang mereka semakin lama semakin pudar dan ia membuka peluang kepada calon Perpaduan untuk merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap.
Ia ditambah lagi dengan hujah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang berkata, calon PH diyakini mempunyai peluang cerah dalam PRK Sungai Bakap dan kerusi berkenaan akan menjadi titik tolak kepada permulaan perpecahan gelombang PN.

Menurutnya, sudah pasti pencapaian kerajaan negeri dinaungi PH selain tiga penggal diwakili wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di DUN berkenaan akan dijadikan penilaian dalam memilih wakil rakyat baharu.
“Potensi untuk PH rampas kembali kerusi itu sangat cerah, sangat tinggi, malah kerusi itu akan menjadi permulaan untuk ‘pecahkan’ gelombang PN pada PRU lepas.
“Saya yakin momentum kemenangan PH yang bermula dari beberapa PRK sehingga kepada Kuala Kubu Baharu dapat dikekalkan dan dibawa ke Sungai Bakap.
“Saya juga percaya Sungai Bakap dapat memecahkan gelombang PN tersebut berdasarkan kepada pencapaian yang kita capai sepanjang menjadi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi libat urus bersama jawatankuasa pimpinan, sayap dan kawasan Amanah Kedah, di Wisma Amanah baru-baru ini.
Mujahid berkata, pengaruh PH selama tiga penggal di DUN Sungai Bakap tidak seharusnya dipertikaikan walaupun tewas dalam PRN lalu, kerana ia berpunca daripada gelombang PN yang melanda seluruh negeri.
“Sebelum ini, selama tiga penggal Sungai Bakap diwakili pemimpin KEADILAN, sebelum itu UMNO, bermakna pengaruh itu sudah cukup untuk dinilai penduduk yang merasai manfaat kepimpinan PH.
“Pulau Pinang pula ditadbir PH sejak 2008, sudah tentu banyak faedah diperoleh pengundi di situ. Cuma apa yang berlaku dalam PRU dan PRN lepas, kita berdepan gelombang (PN), sehingga banyak kerusi tewas, termasuk di kubu kuat Seberang Jaya. Bukan sahaja berlaku di Utara, malah Selatan juga alami gelombang sama,” jelasnya.
Dalam pada itu walaupun ‘hujah’ Tuan Ibrahim sememangnya sudah ‘ke laut’ namun mereka jelas tidak segan silu tetap menobatkan kononnya Abidin mampu menggalas tugas yang ditinggalkan Nor Zamri Latiff sedangkan semasa hayatnya pun tiada pencapaian signifikan ditunjukkan sepanjang sembilan bulan menjadi wakil rakyat.
Buktinya isu bekalan air tidak juga mampu diselesaikan PN hanya dalam tempoh itu dan memang patutlah Muhammad Sanusi Md Nor kena ‘balun balik’ dengan Chow Kon Yeow yang menolak ‘pelawaan’ berupa sindiran kononnya Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Kedah mampu menyelesaikan isu itu.
Pengundi sudah semakin sedar penipuan ‘penjual dan penunggang agama’ dan terbukti apabila selama itu jugalah Sungai Bakap tidak dapat membangun seperti DUN Sungai Acheh atau Jawi dalam parlimen Nibong Tebal.
Dengan komposisi kaum hampir 60% Melayu dan sebahagiannya sudah ‘tersedar’ dari penipuan ‘scammer’ agama ini selain pengukuhan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan nyata makin menyesakkan PN untuk memastikan ‘gelombang’ mereka dapat diterjemahkan di peti undi.
‘Jual ISO kena troll berkati-kati, habis PN nak jual apa lagi?’.
– Pemerhati Politik Bebas
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


