Pelesenan Media Sosial: Permudah Urusan Dapatkan Keadilan Mangsa Jenayah Siber

Golongan ibu bapa kepada anak yang aktif menggunakan media sosial dijangka menjadi kelompok masyarakat yang paling mendapat manfaat langsung daripada keperluan pelesenan operasi media sosial bagi jenayah dalam talian. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama yang diperlukan untuk mendaftar pelesenan operasi media sosial yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu diyakini akan memudahkan usaha pihak penguat kuasa dalam proses menegakkan keadilan buat individu yang menjadi mangsa jenayah siber.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil ini disebabkan kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti.

“Keperluan pelesenan ini umpama seliaan untuk mereka yang pernah menjadi mangsa (jenayah siber), sekali gus menjadi antara faktor yang menambah keselesaan dan ketenangan pengguna apabila proses untuk pihak penguat kuasa menjadi lebih mudah.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata ini disebabkan kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti.

“Seliaan media sosial secara tidak langsung memastikan keadilan dapat dilunaskan dengan lebih baik terhadap mana-mana mangsa jenayah siber,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV bertajuk ‘Membina Ruang Digital yang Selamat dan Beretika’ pada Rabu.

Golongan ibu bapa kepada anak yang aktif menggunakan media sosial, tambahnya dijangka menjadi kelompok masyarakat yang paling mendapat manfaat langsung daripada keperluan pelesenan operasi media sosial.

“Ia secara tidak langsung memberi ketenangan kepada pengguna terutamanya ibu bapa, tetapi mereka perlu sedar bahawa aspek keselamatan dan keterjaminan penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak adalah tanggungjawab utama,” katanya.

Terdahulu pada 1 Januari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia.

Antaranya WeChat dan TikTok serta beberapa platform lain seperti Telegram serta Instagram, Facebook dan WhatsAp kendalian Meta sudah memulakan proses pelesenan dan akan dimuktamadkan beberapa ketika lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *