Pelaburan Infineon Bukti Malaysia Penting Dalam Rantaian Semikonduktor Global – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima dari kanan) menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr Rutger Wijburg (empat dari kanan) yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Keyakinan berterusan syarikat semikonduktor dari Jerman, Infineon Technologies AG terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan fokus di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima dari kanan) menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr Rutger Wijburg (empat dari kanan) yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia ialah hab penting bagi Infineon dalam pembuatan fabrikasi wafer (Kulim, Kedah) dan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip (Melaka).

“Ini terbukti melalui jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion yang telah dilakukan oleh syarikat di Malaysia sehingga kini,” katanya dalam kenyataan dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan para pegawai kanan kementerian serta syarikat itu.

Perdana Menteri berkata beliau turut mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Infineon, syarikat yang telah beroperasi di negara ini selama 50 tahun (sejak 1973) semalam.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr Rutger Wijburg turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat itu.

Kestabilan politik negara sejak Anwar dilantik menjadi perdana menteri membolehkan lebih banyak syarikat antarabangsa mula berminat untuk melabur serta menambah keupayaan pengeluaran masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *