Pelaburan Di ASEAN Kekal Stabil Meskipun Perubahan Di Thailand, Indonesia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025) di Putrajaya pada 10 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Sep – Meskipun berlaku perubahan kepimpinan di Thailand dan pergolakan situasi politik di Indonesia baru-baru ini, keyakinan pelabur antarabangsa terhadap prospek pelaburan di ASEAN kekal stabil dan tidak terjejas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, keadaan di Thailand dilihat stabil dengan pelantikan Perdana Menteri baharu negara itu, Anutin Charnvirakul dan rombakan kabinet di Indonesia pulih secara beransur-ansur.

“Setakat yang kita tahu, keadaan di Thailand agak stabil dengan Perdana Menteri baharu mereka dan kita mendoakan yang baik kerana kestabilan adalah perkara paling penting.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025) di Putrajaya pada 10 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam masa sama, saya turut berhubung dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan keadaan di sana hampir kembali normal, saya fikir ia cukup stabil,” katanya pada pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia juga tidak melihat sebarang reaksi negatif daripada pelabur selain berharap keyakinan itu akan terus dipamerkan.

“Kerana saya sudah nyatakan bahawa ASEAN secara relatifnya ialah rantau yang paling aman,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025) di Putrajaya pada 10 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status Thaksin Shinawatra yang diarah menjalani hukuman penjara serta-merta dan peranan beliau sebagai penasihat tidak rasmi ASEAN, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri baharu Thailand mengenai perkara itu.

“Tiada keperluan ambil apa-apa keputusan segera sehingga dia (Anutin) datang dalam tempoh singkat untuk bincang kerjasama dengan Thailand dan ASEAN.

“Peranan Thaksin tentunya terbatas kerana dia tidak bebas untuk berikan apa pandangan dan kerjasama,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025) di Putrajaya pada 10 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Mahkamah Agung Thailand mengarahkan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dipenjara serta-merta untuk menjalani hukuman setahun.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara yang dijatuhkan pada 2023 tidak dilaksanakan dengan betul dan kini tertuduh perlu menjalani baki hukuman penjara yang dielakkannya ketika dalam tahanan hospital.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *