Pasukan Sempadan Pakistan-Afghanistan Berbalas Tembakan, Tiga Disahkan Maut

Pertempuran di sepanjang sempadan sering tercetus antara dua pasukan tentera yang berjiran dengan ia berlanjutan sejak beberapa dekad yang lalu ketika pemerintahan penjajah British. Foto lintasan sempadan di Torkham. Foto AFP
KABUL, 13 Ogos – Tiga rakyat Afghanistan terbunuh dalam pertempuran di sempadan antara pasukan keselamatan Pakistan dan Afghanistan, kata jurucakap pentadbiran Taliban di Kabul hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Mufti Abdul Mateen, pertempuran berlaku lewat malam tadi berhampiran sempadan barat daya Torkham selepas tentera sempadan Pakistan melepaskan tembakan ke arah pasukan sempadan Afghanistan.
Katanya, tentera Pakistan menyasarkan kediaman orang awam, mengakibatkan seorang wanita dan dua kanak-kanak terkorban.
Bagaimanapun, sehingga kini, tentera Pakistan belum mengeluarkan komen berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya didedahkan, tiga anggota separa tentera Pakistan cedera dalam pertempuran itu.
Pertempuran di sepanjang sempadan sering tercetus antara dua pasukan tentera yang berjiran dengan ia berlanjutan sejak beberapa dekad yang lalu ketika pemerintahan penjajah British. – REUTERS
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

