’Pas Dah Lupa Politik Akhirat, Dosa Pahala Ajaran TGNA’

Pas kini semakin jauh daripada ajaran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi disiasat SPRM berkaitan rasuah membabitkan KFA pada 11 Januari lalu. Foto RTM

KUALA KRAU, 26 Apr – Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kuala Krau menyifatkan Pas kini telah melupakan politik akhirat dan politik dosa pahala seperti mana yang diajar dan diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).

“Fitnah, qazaf dan kini rasuah telah mula menjangkiti ahli dan pimpinan Pas seakan lupa dengan pesanan dan ajaran TGNA sama sekali,” kata Muhammad Fairul Al-Qasas.

Menurutnya hampir enam penggal Pas Kelantan tidak terpalit dengan sebarang kes rasuah semasa TGNA memerintah dari 1990 hingga 2013, akan tetapi Kerajaan Pas Kedah yang baru saja masuk penggal kedua, telah terpalit dengan skandal rasuah dan kepincangan tadbir urus hingga Kedah Agro Berhad terpaksa ditutup.

Lebih teruk lagi, Kerajaan Pas Perlis yang baru berusia dua tahun telah terpalit dengan dakwaan pemalsuan dan unsur rasuah melibatkan anak Menteri Besar sendiri.

Pas kini semakin jauh daripada ajaran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi disiasat SPRM berkaitan rasuah membabitkan KFA pada 11 Januari lalu. Foto RTM

Fairul juga kecewa apabila melihat pimpinan Pas dengan selamba melakukan dosa Qazaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya tuduhan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi yang kini disaman oleh Anwar dan terbaru oleh ADUN Permatang Pasir dari Pas Amir Hamzah yang membuat tuduhan qazaf di media sosial.

Reman Anak MB Perlis Disambung Sehari Lagi – SPRM

Untuk rekod Anwar berjaya menuntut permohonan maaf dari Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria atas fitnah yang beliau lemparkan.

Fairul menyeru generasi muda menjauhkan diri dari parti Pas yang mengamalkan politik fitnah dan toksik semata-mata mahu berkuasa tanpa mencari jalan membangunkan negara.

Bukti tuduhan qazaf yang dilempar Adun Permatang Pasir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

“Dulu ada orang menyertai Pas bagi tujuan mendekatkan diri dengan Allah dan perjuangan Islam, sebaliknya akhlak mereka semakin teruk, bibir mereka mudah untuk mengeluarkan kata-kata nista serta fitnah bermaharajalela,” ujarnya.

Menurut Fairul lagi, Anwar telah memperkenalkan konsep Malaysia MADANI dan ia sangat sesuai untuk semua rakyat Malaysia dan menyeru agar rakyat terus menyokong serta mengamalkan enam teras yang digariskan.

Beliau berharap PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan menjadi titik permulaan penolakan terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang terbukti tidak mampu berbuat apa-apa selain menabur fitnah dan adu domba setiap kali pilihan raya diadakan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *