Paris 2024: ‘Maafkan Saya Malaysia’ – Azeem

Azeem mengakhiri saingan 100 meter di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

PARIS, 3 Ogos – Impian untuk melihat pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melangkah jauh dalam temasya Olimpik kali ini tidak kesampaian apabila terkandas di saringan kedua, pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Sabtu.

Azeem mengakhiri saingan tersebut di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

Kegagalan untuk bermula dengan baik pada permulaan larian menjejaskan persembahannya sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada acara tersebut.

Azeem Fahmi menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.42 saat pada saringan awal. Foto Facebook Majlis Sukan Negara

Saringan tersebut dimenangi pelari Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali di tempat kedua (10.12s) dan Pelari Jerman, Joshua Hartmann (10.16s) dengan hanya tiga pelari teratas layak ke pusingan seterusnya.

Sebelum itu, pelari berusia 20 tahun layak ke pusingan pertama selepas berada di kedudukan kedua dengan catatan 10.45s.

Pelari kelahiran Teluk Intan tersebut beraksi dalam acara riben biru di Paris 2024 atas tiket wild card oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *