Paris 2024: Djokovic Singkir Nadal Pada ‘Pertemuan Terakhir’

Novak Djokovic (kiri) bersalaman dengan Rafel Nadal selepas perlawanan pusingan kedua tenis perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini. Foto Eurosport
PARIS, 29 Jul – Jaguh tenis nombor dua dunia, Novak Djokovic menewaskan Rafael Nadal 6-1, 6-4 di pusingan kedua perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini, yang juga pertarungan ke-60 dan mungkin yang terakhir buat mereka.
Ia adalah kemenangan ke-31 bagi Djokovic, yang juga pemenang 24 kali Grand Slam dalam pertarungan dengan Nadal sejak kali pertama di gelanggang tanah liat di Roland Garros pad 2006.
Nadal jelas gagal bersaing di depan penonton yang teruja menyaksikan perlawanan itu dan hanya melawan apabila meraih empat mata berturut-turut pada set kedua.
“Saya sangat lega. Semuanya memihak kepada saya apabila mendahului 6-1 dan 4-0, tetapi kemudian bermain agak longgar dan memberi peluang kepadanya,” kata Djokovic.
“Saya tidak pernah terfikir sejak 2006 dan kami masih berlawan selama hampir 20 tahun.”
Berdasarkan siri kecederaan menimpa mereka kebelakangan ini, Djokovic dilihat memakai pelindung lutut kanan manakala paha kanan Nadal turut berbalut.
Tetapi, Djokovic bermain dengan bebas dan memaksa Nadal bergerak pantas di Court Philippe Chatrier iaitu gelanggang yang menyaksikan jaguh Sepanyol itu meraih 14 daripada 22 gelaran Grand Slam.
Djokovic yang memburu pingat emas pertama Olimpik untuk menambah koleksi 24 gelaran Grand Slam jelas lebih bertenaga berbanding Nadal yang kini berusia 38 tahun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

