Paris 2024: Atlet Lawan Pedang AS Beri Markah 10/10 Kepada Pakaian Kontinjen Malaysia

Monica Aksamit memuji fesyen yang diperagakan oleh atlet kebangsaan pada acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Bekas pemenang pingat gangsa Olimpik Rio De Janerio 2016 dari Amerika Syarikat (AS), Monica Aksamit meletakkan markah penuh 10/10 bagi pakaian kontinjen Malaysia ketika pembukaan temasya sukan terbesar itu di Paris, Perancis.

Atlet lawan pedang wanita (samer) itu mengakui, pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaimi begitu indah dan cantik diperagakan oleh atlet kebangsaan ketika acara pembukaan itu.

“Ada orang tanya kenapa saya nak cakap benda ni, saya ini bekas atlet Olimpik mungkin saya ada pelepasan untuk bercakap. Bagi saya pakaian atlet Malaysia begitu cantik dan saya sukakannya, 10/10,” jelasnya dalam satu klip video di media sosial.

Dalam pada itu, Monica turut meninggalkan komen beliau terhadap beberapa lagi pakaian yang diperagakan oleh kontinjen negara lain antaranya, India, Mesir, Kenya, Republik Dominican, Slovenia, Mesir dan banyak lagi.

“Untuk Kenya, saya bagi 9/10. Pakaian mereka penuh dengan ciri-ciri tradisional. Saya juga sukakan gaya pakaian mereka. Untuk Slovenia ia ibarat seperti pemain golf di padang sahaja, 6/10.

“Untuk India, saya melihat rekaan mereka ke arah tradisional, namun warnanya agak pudar sepatutnya menggunakan warna yang sedikit terang, 5/10, manakala bagi Portugal ia ibarat satu modal yang sangat murah dan langsung tidak menarik,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *