Paralimpik Paris: PM Anwar Ucap Selamat Maju Jaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan ini masanya untuk rakyat Malaysia nyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik Malaysia. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan ini masanya untuk rakyat Malaysia nyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik Malaysia.

“Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris,” tulis beliau.

Dalam pada itu, perjuangan kontinjen negara terus menyala pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *