Papagomo Didakwa Di Mahkamah Sesyen Esok

Papagomo akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen [Sesyen Jenayah 4 (Siber)] di sini, jam 9 pagi Isnin.

KUALA LUMPUR, 7 JanBlogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di mahkamah esok atas kenyataan khianat terhadap kerajaan.

Dia akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen [Sesyen Jenayah 4 (Siber)] di sini, jam 9 pagi esok.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah mendapat arahan pertuduhan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pertuduhan dilakukan membabitkan satu kes hantaran berkenaan kenyataan khianat terhadap kerajaan di akaun Facebook ‘Halid Hamidi’.

PapaGomo disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *