Operasi Tak Terjejas, Bekalan Tak Alami Gangguan – PETRONAS

Petronas berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa susulan ancaman keselamatan yang dimaklumkan MKN pada 8 September 2025. Foto PETRONAS
KUALA LUMPUR, 8 Sep – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata operasi gas asli cecair (LNG) syarikat itu tidak terjejas dan tiada gangguan bekalan di kemudahan LNG miliknya di Bintulu, Sarawak.
Dalam satu kenyataan malam tadi, konglomerat minyak dan gas nasional itu berkata ia mengambil maklum pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung potensi risiko keselamatan di kemudahannya di Bintulu.
“Kami memandang serius perkara sebegini dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa untuk menilai serta menangani situasi berkenaan.
“Pada masa ini, operasi kami tidak terjejas dan bekalan kami tidak mengalami sebarang gangguan. Perlu diyakini bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja, kontraktor dan komuniti di sekeliling kami terus menjadi keutamaan kami,” kata Petronas.
Terdahulu, MKN memaklumkan bahawa kerajaan mengarahkan semua kemudahan LNG di Bintulu diperketatkan kawalan keselamatan susulan ancaman keselamatan terhadap kemudahan berkenaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

