Obor-Obor Serang Pantai, Thailand Beri Amaran Kepada Pelancong

Walaupun racun obor-obor bulan tidak membawa maut, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk, kata seorang pegawai Thailand. Foto Agensi
PATTAYA, 30 Sep – Pelancong diberi amaran supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang melakukan aktiviti di Pantai Pattaya, Thailand, selepas kawasan itu ‘dicerobohi’ obor-obor bulan atau Aurelia aurita, sejak beberapa hari lalu.
Pegawai pencegahan bencana marin, Wallop Boonchu, berkata obor-obor itu dilihat memenuhi persisiran pantai Pattaya, terutamanya di bahagian Dong Tan, sejak empat hari lalu.
Beliau berkata, walaupun obor-obor itu tidak mengancam nyawa, namun ia boleh menyebabkan berlakunya iritasi kulit yang teruk.
“Pihak keselamatan di sepanjang Pantai Pattaya diarahkan untuk memberi amaran kepada pelancong mengenai bahaya sengatan obor-obor itu,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran obor-obor secara luar biasa itu fenomena biasa pada penghujung musim hujan.
Timbalan Datuk Bandar Pattaya, Krissana Boonsawat, berkata pelancong disengat obor-obor, dinasihati untuk segera mencuci luka itu dengan cuka. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
