Naik Gaji: Penjawat Awam Wajar Tunjuk Komitmen Kerja Yang Lebih Cemerlang Bersama PMX

Kenaikan gaji dan pelarasan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dijadikan motivasi dan dorongan untuk bekerja bersama-sama beliau dan Kerajaan Perpaduan bagi mengangkat profesion penjawat awam lebih dihormati rakyat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 17 OgosApa lagi penjawat awam mahukan, segala yang terbaik termasuk pelbagai kemudahan yang dinikmati telah diberikan oleh PMX kepada mereka.

Begitulah ulasan spontan yang kedengaran sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Khabar gembira yang sewajarnya disambut oleh penjawat awam dengan menunjukkan komitmen yang lebih tinggi, berdisplin, gigih, setia serta beramanah menjalankan tugas.

Pastinya harapan kita mahu melihat penjawat awam bersama-sama PMX memacu Malaysia Madani dengan lebih cemerlang demi kesejahteraan negara yang tercinta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 hingga 42 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi. Foto Bernama

KENAIKAN GAJI 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi khabar gembira kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Khabar gembira itu ialah mengumumkan kenaikan gaji antara 7 peratus hingga 15 peratus kepada mereka bermula 1 Disember depan.

Kenaikan gaji yang diberi ialah sebanyak 15 peratus untuk pegawai Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Kenaikan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

12 TAHUN TIDAK DILAKUKAN SEMAKAN

Setelah 12 tahun tidak dilakukan semakan, pengumuman Anwar semalam tentunya suatu berita baik buat penjawat awam dan keluarga mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama

Sebagai golongan yang berperanan besar kepada rakyat dan negara melalui pelbagai fungsi untuk memastikan hubungan antara rakyat dan negara sentiasa terjalin, terbukti kini mereka adalah golongan yang dihargai oleh Perdana Menteri.

Mereka kini boleh menarik nafas lega untuk merancang pelbagai perkara dalam kehidupan dan seterusnya memberi sumbangan yang terbaik secara berterusan kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kenaikan gaji penjawat awam ini juga tentunya disambut gembira oleh seluruh rakyat kerana ia memberi kesan yang berangkai kepada semua golongan.

Selain keluarga tumpang gembira, pelbagai sektor perniagaan juga akan turut berkembang dengan kenaikan gaji penjawat awam ini.

Ini sekaligus bermakna akan merancakkan lagi kitaran ekonomi negara kita.

Dengan kemurahan hati PMX semoga penjawat awam bekerja dengan lebih rajin, setia serta amanah.

Oleh Noraini Nordin

——-

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *