Nahas Lombong Arang Batu, Empat Maut, Tiga Hilang

Nahas berlaku di lombong arang batu Daying di Daerah Zhenxiong kira-kira 8.10 malam 24 Disember 2025.
KUNMING, 25 Dis – Pasukan penyelamat mengeluarkan empat mayat manakala tiga lagi individu masih hilang susulan kejadian yang dipercayai letusan gas dan arang batu di sebuah lombong arang batu pada di Wilayah Yunnan, barat daya China, semalam, menurut pihak berkuasa tempatan.
Nahas itu berlaku di lombong arang batu Daying di Daerah Zhenxiong kira-kira 8.10 malam semalam, menurut pihak berkuasa daerah berkenaan, lapor Xinhua.
Usaha menyelamat dan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian kini sedang dijalankan.
Media tempatan melaporkan insiden berkenaan memjadi persoalan tentang tahap keselamatan para pekerja industri berkenaan yang masih lagi berada pada kadar tidak memuaskan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

