‘MYAirline Memang Tak Bertanggungjawab’

Kaunter tiket dan seluruh operasi penerbangan MYAirline dihentikan hari ini namun menimbulkan kemarahan penumpang termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang jelas sekali berang dengan pembatalan penerbangan dan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines Sdn Bhd, berkata kementeriannya terkejut dengan keputusan mereka, hari ini.

Pada sidang akhbar di lobi parlimen, hari ini, Loke menganggap tindakan syarikat penerbangan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan kira-kira 125,000 penumpang terjejas dengan keputusan mengejut itu.

“Kami terkejut. Kami hanya mengetahuinya (keputusan untuk menghentikan operasi) lewat malam tadi dan pada pukul 6 pagi mereka telah menggantung semua operasi.

“Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) tidak dimaklumkan pun (mengenai perkara itu),” katanya.

Kaunter tiket dan seluruh operasi penerbangan MYAirline dihentikan hari ini namun menimbulkan kemarahan penumpang termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto Arkib

Tambah Loke, nilai jualan tiket – yang ditempah sehingga Mac 2024 – berjumlah kira-kira RM 20 juta.

“Jadi, biasanya, untuk sekali tempah dalam rekod syarikat jual tiket hingga Mac depan. Nilai tiket keseluruhan sebanyak RM20 juta.

“Namun, MYAirline telah memberi jaminan akan menunaikan kewajiban mereka dan membuat balik kepada penumpang yang terjejas,” katanya.

Menurut Loke, MYAirline juga diarahkan menyediakan kaedah jelas untuk membuat pembayaran balik tiket penerbangan atas kerugian yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

Katanya, tindakan syarikat penerbangan menghentikan operasi itu juga menjejaskan nama baik negara memandangkan ada penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Tambahnya, Mavcom juga diarah untuk membentuk pasukan petugas khas dan bekerjasama dengan Bank Negara dalam memastikan kaedah pembayaran balik kepada pembeli tiket yang membayar dengan kad kredit.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *