Muhyiddin Segera Letak Jawatan Presiden – 16 MP Bersatu

Krisis dalaman Bersatu semakin parah setelah 16 ahli parlimen parti itu mendesak Muhyiddin berundur pada 13 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin menarik setelah laporan menyebut seramai 16 Ahli Parlimen parti itu mendesak supaya Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan sebagai presiden parti.

Mewakili mereka, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana Muhyiddin sudah tidak lagi mampu menyatukan parti dan memimpin parti ke arah kemenangan.

“Kami yakin bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik, mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan agenda rakyat dan negara, serta menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan.

“Bagaimanapun jasa dan sumbangan Muhyiddin sebelum ini tidak dinafikan,” ujarnya menerusi Facebook pada Jumaat.

Isu kedudukan Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, mula menjadi bualan susulan desas-desus mengenai perpecahan kepimpinan dalaman Bersatu.

Antara ahli Parlimen menyokong desakan itu adalah Zikri Hassan (Kangar), Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu), Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosl Wahid, Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Azahari Hassan (Padang Rengas), Nordin Ahmad Ismail Lumut) dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota).

Turut beri sokongan adalah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah, Kalam Salan (Sabak Bernam), Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar) serta Islahuddin Abas (Mersing).

Kenyataan media ditandatangani 16 ahli parlimen Bersatu yang mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden pada 13 Februari 2026.

Terdahulu, krisis politik Perlis bermula selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu bersama tiga ADUN Pas dilaporkan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak Istana bagi menggantikan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Pada 26 Disember, Bersatu telah mengemukakan tiga nama calon Menteri Besar iaitu ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah; Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).

Pas kemudiannya mengemukakan dua nama calon sebaik Bersatu berbuat perkara sama.

Kenyataan media ditandatangani 16 ahli parlimen Bersatu yang mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden pada 13 Februari 2026.

Langkah itu dibuat selepas Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatannya secara sukarela sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan pada 25 Disember lepas.

Kemelut itu terjawab apabila ADUN Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kesembilan pada Ahad.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *