Misteri Wanita Hilang Terjawab, Teman Lelaki Ditahan Kes Bunuh

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa Nur Kartini Abdullah (gambar kecil) dipercayai dibunuh dan polis menahan teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

HULU SELANGOR, 15 Jul – Polis menahan seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis telah menahan lelaki warga tempatan yang juga penjawat awam berusia 26 tahun.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada Isnin.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

“Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu,” katanya.

Ucapan takziah kepada keluarga Nur Kartini Abdullah daripada pengurusan UPSI pada Isnin.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Difahamkan sebelum ini mangsa didapati hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan keadilan kepada keluarga mangsa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *